Search This Blog

Cristina Suzanne: Usaha membuahkan hasil - Yahoo News Malaysia

Cristina Suzanne: Usaha membuahkan hasil - Yahoo News Malaysia

Cristina Suzanne: Usaha membuahkan hasil

2 Dis – Mula dikenali menerusi program realiti televisyen "Pilih Kasih" musim kedua, wanita kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stockstill tidak lakonannya dalam filem sulung berjudul "KIL" bersama aktor Redza Minhat berjaya membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Bakat Cristina bagaikan telah diiktiraf pada malam tersebut dan dilihat mampu berdiri sebaris dengan pelakon yang mempunyai nama besar dalam industri perfileman tanah air selepas berjaya mengalahkan Lisa Surihani ("SAM"), Nadia Aqilah ("Zaiton Ceritaku"), Nora Danish ("Mencari Cinta") dan Jojo Goh ("29 Februari").

Aktres berusia 28 tahun ini yang tidak menjangkakan kemenangan tersebut memberitahu, "Pada mulanya saya sendiri tidak yakin dengan diri sendiri apatah lagi keluarga terutamanya ibu saya yang menjadi tulang belakang saya sepanjang lebih sedekat dalam industri hiburan.

"Apa yang boleh saya katakan, kemenangan ini adalah usaha saya yang akhirnya membuahkan hasil. Apa yang lakukan, saya akan pastikan saya buat yang terbaik," ujarnya ketika ditemui di Stadium Malawati Shah Alam.

Cristina yang bakal muncul dengan filem terbaru iaitu "CEO" dan "Jwanita" turut memberitahu dia tidak sabar untuk kembali bekerjasama dengan pengarah filem "KIL", Nik Amir Mustapha.

"Saya ingin bekerjasama dengannya untuk filem-filem akan datang sekiranya diberikan peluang," katanya.

"KIL" turut memenangi tiga anugerah lain pada malam ASK 2013 iaitu Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Filem Terbaik.

Dalam perkembangan lain, Cristina bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan yang merupakan kenalan sekolahnya pada 22 Januari akan datang di kampung halamannya iaitu Kuantan, Pahang.

Adblock test (Why?)



2024-06-27 16:22:42Z

Bagikan Berita Ini

0 Response to "Cristina Suzanne: Usaha membuahkan hasil - Yahoo News Malaysia"

Post a Comment

Powered by Blogger.